Tips untuk menguruskan Perut



Antara senaman yang membantu menguruskan perut:

A- 

1. Berbaring dengan kedua kaki dan tangan lurus ke atas.
2. Tarik nafas melalui hidung dan luruskan tulang belakang.
3. Lepaskan nafas melalui mulut sambil mengangkat bahagian atas tubuh (kepala, leher, dan bahu) setinggi mungkin sehingga kedua tangan hampir menyentuh kedua kaki.

B-
1. Berbaring dengan tangan di belakang kepala atau di sisi tubuh (pilihlah posisi yang selesa)
2. Angkat bagian tubuh atas (pinggang, leher, dan kepala) agar tidak menyentuh lantai, lalu angkat kedua kaki lurus ke atas dan regangkan otot perut.
3. Turunkan sedikit kedua kaki secara perlahan (maksimal 5 cm), tahan, lalu angkat perlahan hingga lurus ke atas kembali.
4. Ulangi hingga 8-15 kali.


Di samping bersenam, kita perlu mengambil supplement untuk membantu pengurusan berat badan:
PM/call/whatsapp saya di nombor 0129797060 (puteri) untuk mengetahui lebih lanjut tentang set ini! 
BUANG, BAKAR & BINA!

Where is the love?

Where is the love?
Where is the ukhuwah?
What is wrong with us?
Eventhough we are in same house,
same car,
same faculty,
Why it is like this?
We are seperated by invisible walls,
Not willing to share what is in the mind,
Do not want to tell what is going on,
Or it is actually my fault?
I am bad in social interaction,
I am bad  in saying out loud what is going in my mind,
I am easily depressed,
I have very big ego in my heart,
It is all  my fault?
How should I fix this?
What should I do?
Oh Allah please help us,
Bind our hearts together,
don't let it seperated,
Just like an emulsion,
eventhough both medium is totally different,
they still can be mixed together by emulsifying agent,
I hope there is an 'emulsifying agent',
that can unite our hearts together.

How to lose weight like a boss!

Jom kita menguruskan berat badan dengan produk Shaklee!! PM/call/whatsapp saya di nombor 0129797060         (puteri)untuk mengetahui lebih lanjut! BUANG, BAKAR & BINA!

Bidang Kerja Dan Skop Ahli Farmasi

        Assalamualaikum pembaca blog saya sekalian, mari kita lihat apa sebenarnya bidang kerja sbagai ahli farmasi terutamanya bagi pelajar lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian sebagai ahli farmasi:

Farmasi Hospital (Hospital Pharmacy)
Berkerja di: Hospital Kerajaan, Hospital Swasta, Hospital Universiti
·         Pentadbiran Farmasi
·         Farmasi Pesakit Luar dan Kaunseling
·         Perkhidmatan Maklumat Ubat
·         Farmasi Bekalan Wad atau Farmasi Satelit
·         Perkhidmatan Farmakokinetik
·         Farmasi Onkologi
·         Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Total
·         Perkhidmatan Sediaan Admikstur Intravena
·         Farmasi Perolehan dan Iventori
Farmasi Nuklear atau Radiofarmasi
Farmasi Komuniti Tersendiri (Independent Pharmacy)
·         Farmasi Jualan Secara Runcit
·         Farmasi Jualan Secara Borong
·         Farmasi Francais
Farmasi Komuniti Rantaian (Chain Pharmacy)
·         Staf
·         Pengurusan Kedai Farmasi
·         Pengurusan Daerah/Kawasan
·         Pengurusan Korporat
Industri farmaseutikal
Tempatan dan Multinasional
·         Penyelidikan dan Pembangunan
·         Pengilangan dan Jaminan Mutu
·         Jualan dan Pemasaran
·         Maklumat Ubat
·         Kajian Klinikal dan Pengawasan Lepas Pasaran
·         Permohonan Paten dan Pendaftaran Ubat
·         Pengurusan dan Pentadbiran
Akademia
Bekerja di: Institut Pengajian Awam dan Swasta
·         Pengajaran
·         Penyelidikan
·         Perundingan
·         Pendidikan Berterusan
·         Penerbitan

Lain-lain
·         Persatuan Farmasi
·         Kementerian Kesihatan Malaysia
·         Kementerian Pertahanan Malaysia
·         Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan
·         Unit Penguatkuasa Farmasi



Sumber: http://www.prn.usm.my/bulletin_articles_kosmik.php?Id=478

Fakulti Farmasi UiTM Puncak Alam

   Wah,dah berhabuk blog ni eh!!! lama glerrr aku x update!! nak ckp sibuk x gak,senang cakap malas..hoho..

   Memasuki tahun baru 2014, skarang sudah habis sem 3 untuk course Bachelor of Pharmacy di UiTM Puncak Alam...Sebenarnya UiTM Puncak Alam terkenal dgn bdk2 asasinya,dan aku jugak salah satu drp ex-asasi UiTM,psl Asasi UiTM aku post lain kali la,skarang nak cite pasal FARMASI,hehe..


   Alright, program degree farmasi UiTM dijalankan di UiTM  Puncak Alam yg bakal menjadi kampus induk UiTM apabila telah siap sepenuhnya,sekarang ni baru fasa 1 baru siap. Kemudahan di kampus SANGAT superb kalau dibandingkan dgn IPTA lain terutamanya kolejnya,cam apartment!! Fakultinya juga still nice,semua benda still baru.
Gambar kat atas ni masa UiTM Puncak Alam baru buka, sekarang kat tanah kosong depan fakulti Farmasi ada fakulti Akaun dengan fakulti Hospitaliti dan Perhotelan, insyaallah kedua2 fakulti tersebut akan dibuka dalam bulan 9 ini.

Program Farmasi belajar apa ye? Pasal ubat je ke?? haha x lah, banyak merangkumi subjek Chemistry dgn Biology terutamanya, Physics ada la sikit, bagi lepasan asasi/matrik/diploma please consider dulu sebelum minta course nih, lg2 bagi orang yang x minat chemistry, hehe.. Bawah ni ada course outline untuk sem 1,2 dan 3 tp untuk tahun 2012 la:
Tengok, sem 1 dah kena ambik organic chemistry, mana x garu kepala masa mula2 masuk sem 1 haritu,haha.. Antara salah satu speciallity Fakulti Farmasi UiTM adalah Pharmacy Practice diajar masa first year instead second year kat universiti lain,hehe. Dalam Pharmacy Practice nnt kita akan buat ubat sendiri berdasarkan British Phamaceutical Codex (wow serious excited masa mula2 buat) TAPI kena buat report sekali dalam masa 3 jam dalam lab. Report ni lah yang menjadikan subjek ni killer subject masa sem 1, hoho.. Sebagai contoh, dalam report kita salah buat calculation, ataupun terlupa untuk lekat label ubat dalam report, boleh dapat markah 0 kot!! Supposedly time preparation kitorg x boleh bincang, tp kitorng bincang gak takut2 salah buat. Kadang2 preparation pun x sempat nak buat sebab sibuk nak siapkan 3 report dalam masa 3 jam,huhu.. Antara preparation yang susah nak buat macam cream, emulsion dgn suspension. Physicochemical pulak belajar chemistry+physics. Bagi pembenci physics mcm aku susah sikit nak catch up,huhu.. Antara contoh bab dalam subjek ni adalah thermodynamics, ideal gas law dan entropy. 

Setiap kali Pharm Pract wajib bwk buku BPC ni, berat giler..huhu.

Mesti korang pelik kenapa tetiba ada subjek Economy dalam course plan Farmasi kan, hehe. Kitorg wajib ambik subjek elective business sampai cukup 13 credit hour, hoho.. Selalunya subjek business mmg membantu menaikkan pointer, tp nak belajar dia mmg boring+kena hafal but at the same time interesting sbb dapat knowledge pasal business selain drp farmasi, kitorg ni mcm buat double degree kan??

Last sekali kokurikulum. Mmg kat UiTM sem 1,2 dan 3 WAJIB ambik kokurikulum. Kat PALAM ada 3 koko : Badan Pertolongan Cemas (BPC), KESATRIA Negara dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM). Aku ambik BPC sbb x payah kawad,hehe.. BPC mainly belajar macam apa yang kita belajar dalam Persatuan Bulan Sabit Merah masa sekolah dulu tp lebih kepada kejururawatan. Orang yang akan mengajar kita pun mostly bekas jururawat.TAPI yang kurang bestnya BPC ada final exam dgn practical, Kesatria dgn JPAM x de,sbb x nak kawad sgt2 sanggup gak ambik BPC, hehe.. So nnt pandai2 la pilih kokurikulum yang korang minat.

Ok korang, setakat ni sahaja update untuk kali ini, assalamualaikum..

Death by chocolate cake

Hari tu try la resepi kek chocolate dari internet utk birthday adik yang ke-11.Sedap giler!!!Ramai puji kek tuh sedap...Ni ha gambar kek tuh:
Sorry kalau gambar cam x jelas...aq bkn pro dlm photography..:-(
Ganache dia macam sedap,tp aq x buat sebab x cukup bahan...Aq subtitute dgn:

Bahan-bahan
1cwn gula icing
1 cwn koko powder
2 sudu besar butter
1/2 cwn susu cair atau susu segar

Cara-cara
Campurkan semua bahan di atas dan masak dgn kaedah double boiler.

well...nak try buat x???mesti dah meleleh air liur kan??so try la resepi nih:

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache**
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup
  • ##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream

Cara-cara

  1. tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  2. pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  3. masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  4. masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  5. last skali masukkan air panas..kacau sebati
  6. bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
  7. **utk ganache**
  8. dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
  9. bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
  10. tambahkan golden syrup
  11. ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
  12. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
  13. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
  14. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit

Sumber resepi:http://www.myresipi.com/top/detail/1508

Petua mengurangkan rasa masin dalam masakan yang terlebih garam

Tips ini saya dapati daripada sebuah rancangan televisyen di TV2.Saya tertarik dengan tips ini kerana kadang-kadang kita telebih letak garam dalam masakkan kita hingga ia jadi tak sedap.Masakkan itu pula takkanlah hendak kita buang,nanti membazir pula rezeki yang Allah bagi.Oleh itu,kita perlu mengurangkan rasa masin tersebut dengan mengikut langkah-langkah yang mudah ini dengan hanya menggunakkan hampas kelapa.
Cara-caranya  ialah:

  1. Sediakan secebis kain yang bersih (kecil sahaja ya).
  2. Letak dua sudu (atau lebih) hampas kelapa atas kain yang bersih itu.
  3. Ikat kain yang mempunyai hampas kelapa tersebut seperti bentuk bunjut.
  4. Rendamkan kain tersebut dalam masakan yang terlebih garam selama 10 minit dan keluarkan kain tersebut dari masakan.
  5. Rasa masakan tersebut.Anda akan dapati bahawa rasa masinnya sudah kurang.
Selamat mencuba!!!