Cupcake




Pada bulan november yang lalu,berlangsunglah majlis pertunangan antara sepupu saya, kak Raja Hanisah dengan jejeka pilihannya,Apek(hehe sori x ingat nama sebenar),saya da ibu saya ditugaskan utk membuat cupcake untuk tetamu2 dan orang2 surau Mujahidin.Inilah gambar2 ketika proses pembuatannya..
Hehe..camne???nampak sedap kan???Ramai yang datang ke majlis pertunangan tu kata sedap!!!Kalau korang semua nak tempah cupcake cam sepupu saya,sila call 012-9129406.Dijamin sedap,bersih,halal lagi suci!! Kawasan hantaran terhad hanya di sekitar kawasan Bangi dan KL..1 cupcake 50 sen..murah kan???
R for Raja!!!

Timbangan dan sukatan

Kita boleh  menyukat  sesuatu bahan dengan mudah tanpa menggunakan penimbang atau penyukat.Hanya dengan menggunakan cawan dan sudu,berbagai-bagai bahan seperti gula,tepung,minyak dan sebagainya dapat disukat dengan tepat.

Semua sukatan adalah rata kecuali dinyatakan.

1 cawan tepung .......................120gm         4 auns
1 cawan gula............................225gm         8 auns
1 cawan cecair.........................225ml          8 auns cecair
1 cawan minyak.......................225ml          8 auns cecair
1 sudu besar tepung..................30gm           1 auns
1 sudu besar penuh gula............30gm           1 auns
1 sudu besar penuh mentega......30gm           1 auns

Resipi kek hazelnut royaltin

Bahan A:
180gm metega
170gm gula icing
3 biji telur
1/2 Tbsp garam
2  Tbsp susu soya
1 Tbsp perisa vanilla
2  Tbsp krim hazelnut

Bahan B:
110gm tepung berserbuk penaik
50gm tepung
30 gm serbuk hazelnut (dibakar)
40gm kacang campuran(dicincang kasar)

Cara-cara:
1-Putar mentega dan gula icing hingga kembang.Kemudian masukkan  telur sebiji demi sebiji,putar lagi sehingga menjadi putih.
2-Masukkan garam dan susu soya,putar 1 minit.
3-Masukkan perisa vanilla da krim hazelnut,putar 1 minit.
4-perlahankan kelajuan,masukkan bahan  B sedikit demi sedikit dan sebatikan.
5-Masukkan adunan ke dalam loyang,bakar selaama 15 min pada suhu 175 darjah celcius.